Thursday, December 8, 2011

PERKAMPUNGAN MENARA GADING SARAWAK 2012

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, (PERKEPIS) akan menganjurkan Perkampungan Menara Gading Sarawak 2012 (PMGS '12) pada 27-29 JANUARI 2012 bertempat di UNIMAS, Kota Samarahan (CADANGAN). Penyertaan terbuka kepada semua lepasan SPM dan STPM 2011.

PMGS 2012 adalah program yang akan memberi pendedahan, mempersiapkan dan menyediakan para pelajar lepasan SPM dan STPM bagi merancang dan menghadapi kehidupan di menara gading atau Institusi Pengajian Tinggi.

Barisan fasilitator dan pengendali PMGS 2012 adalah dikalangan graduan dan mahasiswa-mahasiswi universiti/IPT dari pelbagai latar belakang pengkhususan.


YURAN : RM 15

Untuk mendaftar hubungi :

  • PMG SARAWAK @ KUCHING - [NADZMI 0109610964]
  • 20 - 22 JANUARI 2012 - PMG MIRI - [ZAINAL 0178506023 / AIDA 0138252045]
  • 23 - 25 JANUARI 2012 - PMG BINTULU - [ ZUL 0148852867 / BATRISYA - 0145958410]
  • 15 - 16 JANUARI 2012 - PMG SIBU - [ZULARIF 0145888205 / NURUL 0148894437]
  • 27 - 29 JANUARI 2012 - PMG BETONG - [NURAIDA 0198208996]
NOTA: PMG JUGA AKAN DIADAKAN DI BETONG, BINTULU DAN MIRI. MAKLUMAT TERKINI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.


TESTIMONI BEKAS PESERTA

1. “PMGS 2010 sebuah program yang telah banyak membantu saya dalam memikirkan hala tuju penting kehidupan agar terlepas dari kitaran hidup normal seorang pelajar seterusnya mentakrifkan bagaimana perincian kehidupan para pelajar di universiti. Sesungguhnya slot-slot motivasi yang bertemakan ummah dan universiti itu menjadi tulang belakang adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading seterusnya ternyata membantu mereka dalam mengenali dunia universiti yang penuh dengan pelbagai peluang tidak kurang juga kelalaian. Semoga dengan berlangsungnya PMGS 2011 yang akan datang bakal mencipta generasi pelapis ummah seperti Salahuddin Al-Ayubi yang bakal memegang tampuk kepimpinan Islam yang akan datang”.

Muhammad Asyraf Bin Ruslan
Bekas pelajar SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching
Kini; Mahasiswa Universiti Al-Azhar, Qaherah

2. “Program PMGS 2010 merupakan satu program yang banyak memberi pendedahan tentang realiti kehidupan sebagai seorang mahasiswa kepada para peserta. Sesungguhnya, modul dan input yang diterapkan bukan sahaja menarik dan bermanfaat, malah banyak membantu saya untuk berdepan dengan cabaran sebagai seorang mahasiswa selain mengeratkan lagi ukhuwwah sesama peserta mahupun fasilitator. Akhir kata, terima kasih PMGS 2010. Syabas dan tahniah PERKEPIS!”

Jasmin Binti Jaraee
Bekas pelajar Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching
Kini; Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

3. “PMGS 2010 mendedahkan diri saya tentang kehidupan di kampus (universiti @ pra-universiti) serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri supaya bermanfaat kepada semua. PMGS 2010 mempunyai cara penyampaiannya memang berbeza dari latihan dan program yang pernah saya ikuti. Intipati program mendedahkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM tentang persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Modul PMGS 2010 turut disertakan dengan muhasabah, perkara ini dikemas dengan metode yang bagus yang dapat memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Moga PMGS terus dilaksanakan dan sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat serta mendapat bantuan pertolongan Allah s.w.t.”

Razif Bin Mohamed
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Kuching
Kini; Mahasiswa Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

4. “PMGS 2010 merupakan satu program yang yang mantap dan merupakan satu medium yang terbaik bagi para pelajar lepasan SPM khususnya, yang akan melanjutkan pengajian ke menara gading. Melalui program ini para pelajar mampu mendapatkan serba sedikit gambaran tentang langkah-langkah pengurusan diri dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki alam Universiti. Modul-modul yang disediakan dalam program ini, yang menggabungkan pembangunan dari segi fizikal dan mental pelajar, mampu menyerlahkan lagi keyakinan para pelajar untuk menempuh alam Universiti dengan cemerlang. Kejayaan PMGS 2010 mengumpulkan semua pelajar lepasan SPM dari kebanyakan sekolah menengah di bandaraya Kuching khususnya, mampu mengeratkan sayap ukhuwah pelajar di samping memberi satu ruang yang luas kepada para pelajar untuk berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira sekolah mana sekalipun. Semoga dengan kedatangan PMGS kali ini, mampu memberi impak yang positif kepada para pelajar yang menghadiri program tersebut di samping memantapkan lagi bakal perintis kita pada masa hadapan dari sudut rohani dan jasmani”.

Afiqah Binti Zulkepli
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Kuching
Kini; Program Persediaan Pelajar melanjutkan pengajian ke Jepun

5. “PMGS 2010 membantu kami mempelajari lebih banyak perkara mengenai kehidupan di peringkat tertinggi. Selain itu, PMGS 2010 telah memberikan peluang kepada kami sebagai bekas pelajar mengenali antara satu sama lain tidak kira dari sekolah mana dari seluruh pelosok tanah air sebagai contoh diri saya sendiri yang belajar di semenanjung semenjak masuk ke Sekolah Alam Shah di Putrajaya. Buat diri saya sekarang yang berada di UITM Puncak Alam, PMGS 2010 telah memberi banyak detik-detik bermakna dalam menempuhi hidup sebagai seorang mahasiswa. Saya berharap PMGS kali ini membawa seribu erti kepada bekas pelajar SPM 2010 dalam menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa di masa hadapan”.

Mohd. Hafizin Jamil Bin Rashidi
Bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Kini; Mahasiswa Universiti Teknologi MARA Puncak Alam

6. “PMGS 2010 telah menjadi satu wadah untuk membimbing para pelajar, terutamanya pelajar lepasan SPM dalam mempersiapkan diri untuk menempuh realiti alam universiti yang jauh bezanya dari alam persekolahan juga sebagai medium untuk merapatkan ukhuwwah pelajar Islam dari segenap pelusuk sarawak amnya dan kuching khususnya. Pengisian program ini juga menganjurkan para pelajar yang bakal menjadi mahasiswa dan mahasiswi supaya turut menyumbang bakti terhadap masyarakat sekeliling dan tidak bersifat individualistik semata-mata”.

Zakiah Binti Zainal
Bekas pelajar Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching
Kini; Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

No comments: